Ahad, 11 September 2011

Hanya untukMU ya Allah..

Sabda Nabi Muhammad (s.a.w)
{ ان الله عزوجل لا يقبل من العمل الا ما كان حالصا وابتغى به وجهه }
maksudnya : sesungguhnya Allah azza wa jalla tidak menerima amalan kecuali yg benar2 bersih(hatinya) dan mengharapkan keredhaan dari ALLAH...

Assalamualaikum,salam tautan aqidah kerana Allah..
kalam ini khas buat sahabat sahabiah agar kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatan dari ALLAH.

Bicara berkenaan hati...HAti adalah satu anugerah dari ALLAH kepada kita manusia sebagai organ utama@raja dalam menggerakan anggota badan yg lain..hati yg sentiasa di bajai dengan zikir atau perkara2 kebaikan akan sentiasa tenang dan secara automatiknya tingkah laku yg terbit dari diri akan senang semua manusia di sekeliling termasuklah makhluk lain.

Sabda Rasuullah s.aw, [".... ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging,apabila baik,maka baik lah badan keseluruhannya dan apabila rosak,maka rosaklah sekaliannya.ketahuiah!itulah yg di katakan HATI.."] hadith ke-6 dalam matan al-arba'in.

Hati,kiranya ia menjadi raja yang baik..sekalian rakyat atau anggotanya akan menjadi baik.Sebaliknya,jika ia menjadi raja yang rosak mka sekalian anggotanya akan rosak..
kerana ini wajiblah kita menjaga hati agar ia menjadi pemandu yang terbaik dalam kita menjalani kehidupan ini.Selain itu, hati adalah pusat kepada keimanan serta keyakinan kepada ALLAH,dan ingatlah keyakinan tidak akan wujud melainkan ia terbit dari hati yang benar2 suci hanya kerana ALLAh dalam setiap perbuatan.

Oleh itu,wahai daie jagalah hati serta perbuatan,kerana ia akan memberi kesan kepada kerja dakwah kita lakukan.Sama ada ia baik atau sebaliknya..Ayuh,kita sama-sama mengangkat tangan mohon kepada Yang Memiliki Hati..

[ يا مقلب القلب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك ]


"melangkah ke semester baru ini,...mcm mane hati kita???adakah setiap perkara yg di lalukan di niatkan kerana ALLAH???adakah ia di baja dgn baik setelah sebulan yg lalu,utk bekalan semester kali ini?? JOM!!koreksi diri..muhasabah diri..(^_^)