Isnin, 4 Julai 2011

keberkatan dari Mu yg kami dambakan....


assalamualaikum...kalam ini ku titipkan utk saudara2 Islam ku,sahabat2 seperjuangan yg sudi membaca ruangan ini.Pertama dan untuk selamanya di rafa'kan ke hadrat Ilahi kerana dgn rahmat dan kasih sayangnya ku dapat merasai dua nikmat terbesar iaitu IMAN dan ISLAM...Alhamdulilah...
ku percaya,yakin dan pasti bahawa sahabat yang membaca nukilan ini sudah tentu lebih mengerti APA ITU ISLAM..sungguhpun begitu ingin juga ku kongsikan di sini agar kita sentiasa hidup di dalam rahmat dan kasih sayang-NYA serta keberkatan daripadaNya..Islam adalah agama yg suci dan tiada ragu padanya yang mana Allah wauhyu kan kepada baginda Rasulullah (s.a.w) yang bukti kebenaranya yang menjamin keselamatan hidup penganutnya.

Sebagaimana firman Allah { انّ الدين عند الله الإسلام } ..dan firman Nya lagi { ورضيت لكم الإسلام دينا }.
yang dekian itu tiada alasan untuk kita mencari agama selain dari Islam

.Seterusnya IMAN....bilamana kita ketahui dan faham akan ISLAm tidak dapat tidak ke atas kita berIMAN...Iman bererti percaya @ Tasdiq(membenarkan).Dalam erti kata lain iman ialah paduan antara 3 perkara iaitu kepercayaan hati,pengakuan lidah dan beramal dengan segala rukun @perintah.Oleh itu,orang yang beriman mestilah menjadi seorang yang beramal kerana amalnya membuktikan keimanannya.Jika tidak imannya semata-mata perasaan dan cita-cita belaka yang hanya menyenangkan hatinya tyang dia seorang yang beriman dan berharap akan kurnian TuhanNya..sebagaimana yang di katakan oleh Al-Hassan Al-Basri ليس الإيمان بالتحلي ولابالتمني ولكنه ماقر }
{ في القلب وصدقه العمل من قال حسنا وعمل غير صالح ردّ الله على قوله ومن قال حسنا وعمل صالح رفعه العمل

"Maksudnya-bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu ialah apa yang teguh d dalam hati dan di benarkan dia oleh amal.Barang siapa berkata (iqrar)baik pada hal ia tidaj mengerjakan yang tidak baik,nescaya Allah tolak permintaannya.Dan siapa yang berkata dan berbuat baik,nescaya mengangkat akan dia oleh amalnya"

sebagaimana yang dinyatakan di atas Iman ialah dasar Aqidah@kepercayaan orang Islam,dasar ini tetaplah sebagaimana yang di ajarkan Islam,tidak mungkun di pinda atau berpinda oleh perubahan tempat dan zaman.

perkongsian disini ialah dalam usaha kita menyambung mata rantai perjuangan dakwah Rasulullah...."sejauh manakah kita menjaganya agar ianya tidak tercampur dan di campur oleh pemikiran2 jahiliyyah???" yang mana ianya begitu cepat mempengaruhi akal fikiran manusia....sehinggakan kita lupa dasar utama ISLAM itu sendiri iaitu ALQURAN dan AS SUNNAH...
sahabat....Islam agama yang suci,bersih dari segala kekeliruan....Iman itu kepercayaan yang hakiki kepada TuhanNya...jika kita sebagai daie tidak menjaganya..//
Dimana Keberkatannya...??Dimana..??dimana sahabat2...
bukan kah kita sangat megharapkan keberkatan dari ALLAh dalnm usaha kita menyambung rantai perjuangan dakwah Rasulullah....!jaln ini tidak di hidangkan dengan permaidani merah..sebaliknya penuh dengan KEPAYAHAN..KEPERITAN...KESUSAHAN..yg bakal di lalui..
untuk menghadapi jalan yang penuh dengan mehnah ini..RAhmat dan KASih sayang serta KEBERKATAN dari ALLAh lah yang kita harapkan...

maksud firman Allah...sekiranya yang kamu serukan kepada mereka itu ada keuntungan yg mudah di perolehi dan prejalanan tidaj berapa jauh,nescaya akan ramai akan mengikuti mu,tetapi ianya sangat jauh dan ada kepayahan...

sahabat2..dalam kita menjalani jalan yang penuh mehnah ini..ayuh kita sama2 menjaga hati,perbuatan dan kata2 kita agar tidak hilang keberkatan Allah keatas kehidupan kita sehari2..jika kit sebagai daie tidak menitik beratkan perkara ini...bagaiman mungkin keberkatan dan pertolongan Allah mengiringi kita...??? sama2 kita fikir2 kan....
kalam akhir kalam...sirrualabarakatillah.....